Seringkali kita sebagai umat manusia lancang berkata2 namun hakikatnya kita hanyalah seorang insan yang tidak mampu melayarkan bahtera kehidupan mengikut arah tuju yang kita impikan. Mungkin bagi kita sendiri, Diri kita termasuk saya sendiri beranggapan bahawa kita adalah segalanya. Mampu melakukan apa yang tidak pernah kita fikirkan tapi kita tidak berani untuk mencuba dan ini menjadikan kita seorang wira yang tewas sebelum berperang.
Adakah semua itu Yang telah disasarkan dalam hidup kita semua???. Namun kita harus sedar,dunia di mana kita hidup sekarang adalah kehidupan yang penuh mencabar.
Disini tiada apa yang mampu kita impikan, tiada apa yang mampu kita harapkan, tiada apa yang pernah dijanjikan. Kita tidak boleh mengharapkan semua yang indah itu adalah milik kita. Dan sebab itulah saya sering mengingatkan diri saya sendiri untuk tidak terlalu berharap terhadap sesuatu yang saya sangat2 inginkan kerana di dalam hidup ini, benda/kehidupan yang sangat2 saya harapkan jarang sekali menjadi milik saya.
Saya perlu menignatkan semua dan juga diri kita bahawa manusia di sekeliling kita hidup berlandaskan kepada satu tujuan yang mereka sendiri sasarkan. Kita tidak tahu, Cuma dirinya sendiri dan penciptanya sahaja yang tahu. Kadangkala mereka sedikit pun tidak merasa kewujudan kita di dalam hidup mereka, dimana kita semua merupakan insan yang kerdil. Oleh itu, kita perlu sedar yang kita tidak boleh mempertaruhkan masa depan ynag kita ada dalam membuat keputusan.
Saya sentiasa akan ingat terhadap insan yang setakat ini telah 22 tahun lebih di sampingku tatkala aku susah, senang, suka, mahupun duka. Ibu Dan Ayahku. Tapi aku memanggil mereka dengan Gelaran "mama" dan "Bapa". Mereka bersusah payah melahirkan, mendidik dan membesarkan aku dari saat diri ini terkulai layu hingga aku mampu berdiri dan mengorak langkah. Sekarang patutkah aku merasa gah dengan apa yang aku ada?.
Kadangkala saya terfikir adakah semua pengorbanan itu hanyalah tanggungjawab seorang ibu dan ayah kepada anaknya? .. Tapi di mana pula Tanggungjawab ku sebagai seorang anak?..Masih bermain2 dalam pikiran ku..
Amat sedih sekiranya kita sebagai anak hanya mengambil kira segala kekurangan yang tidak mampu diberikan olehnya kepada kita sebagai pita pengukur nilai keibuannya. Tapi jarang sekali kita mahu menilai segala jerit perih, kesusahan yang terpaksa di tanggungnya hanya untuk melahirkan dan membesarkan kita.
Dan teramat kesal sekali apabila kita hanya menganggap ibubapa hanyalah teman di dalam proses untuk kita membesar..
Sekarang kita mampu mengorak langkah, siapa pula yang berada d sisi kita???..
Dewasa ini kita sering menganggap kawan2/gf/bf kita adalah segala2nya..
Kawan yang kita baru kenal, bf/gf yang baru kita temui, tidak selama itu pula ia akan menganggap kita adalah segala2nya..
Sudah pasti kita akan merasa gusar jika dia tiada. Rasa kesunyian jika tidak bersamanya. Namun dimana pula dia bila kita dalam kesempitan. Persoalan yang sering membuatkan panadol semakin laris di kedai2 Runcit..
Sememangnya saya mengakui saya masih sangat2 mentah untuk menafsir hati budi manusia yang hadir di dalam hidupku ini. Dan mungkin saya perlu menyedarkan diri bahawa kadangkala mereka tidak sedikitpun merasa kehadiran dan pemergianku. Bukan pula maksudku kita perlu di agung2kan..Tidak..Kita sendiri sudah maklum kebanyakan mereka hanyalah kawan/teman di waktu senang. Dan sampah diwaktu kesusahan itu mendampingi kita. Perlukah aku menganggap bahawa manusia sebegini sebagai pelengkap dalam hidup ini?. Tapi untuk apa saya perlu merasa kehilangan, kerana memang adat dalam kehidupan, kawan/teman hanya memerlukan kawan/teman ketika dia memerlukan bantuan, tetapi dia akan merasa bosan apa bila diperlukan. Begitu juga dengan diriku ini. Aku akui.
Dan bagi kawan2/teman2 yang membaca nukilan ini, maafkan aku jika terlalu menurutkan emosi.
Sesungguhnya aku sangat berbangga mempunyai kalian dalam hidupku. Sama ada seacra langsung atau tidak langsung..
ANGGAPLAH DIRIKU INI HANYA SEBAGAI PELAKON TAMBAHAN DALAM PENTAS KEHIDUPAN KALIAN.
No comments:
Post a Comment