Tuesday, August 5, 2008

Biarkan aku menyanyi.



05-08-2008.

Tidurku dikejutkan dengan bunyi alarm dari hp yg telah aku setkan malam tadi. jam 6.45 am. Shit badan masih berat tapi aku mesti segera sedar. Hari ini ada exam mgm 4139 jam 8.00 am. Dan yang bestnya satu apapun aku belum ulangkaji.
Aku mulakan hari ku dengan berteriak "arhhhhhhh" di ikuti oleh bauan nafas akibat ketiduran yang sangat lena. Terus mencapai note dan "mengkeji" nya.
Start exam, aku belek2 kertas soalan. Aik?.. Yg aku baca2 tadi kebanyakan keluar. Wah. Satu kegumbiraan bagiku. Dan aku siapkan soalan 30minit awal dari masa yg diperuntukkan. Sudah kebiasaanku akan keluar awal, sebab kalau terus menunggu dan melihat2 kertas soalan, pasti akan timbul rasa ketidakyakinan terhadap jawapan ku dan aku akan mengubahnya, kemudian mengubahnya lagi. Pendirianku kurang tetap kali dalam hal ini hehe.
Aku stay dekat cafe mamak untuk melihat2 kalau2 ada awek lawa makan sana. Sana memang port tuk gadis2 idaman ku makan haha. Dan kebetulan aku terjumpa kawan senegeriku d sana. Helmi. Dan dai offerkan aku roti canai secara percuma. Wah bagus nie. Save bajetku.
Makan sambil mengumpat dan memerhatikan gelagat sang Hawa di sekeliling.

sekitar jam 1 aku balik ke kamar dan melelapkan mata. Nikmatnya tidur di atas katil. Siapalah manusia yang menciptakan katil ini. Kalau aku tahu pasti aku akan berikan dia sebiji bola golf sebagai tanda penghargaan.

Dan aku mula bermimpi. Tgh santai dengan awek. Tapi belum sampai ke kemuncaknya, telefon ku berdering. Nada Nokia Tune. Aadoii. Rupa-rupanya En Faizal dari unit zakat yang menelefon aku. Aku ada memohon untuk mendapatkan zakat daripada tabung zakat di sini. Sebab aku rasa aku layak untuk mendapatkannya. Lebih baik aku dapatkan sedikit wang itu daripada hanya digunakan untuk menganjurkan "majlis2 Amal" yang berbahagia dan konconya.
Aku di minta datang ke pejabat untuk di temuduga.
Aku pun bergegas pergi dan dalam perjalanan itu aku tertanya2 apakah soalan yang akan di ajukan kepada ku. Huh suprise nie. Nervous pun ada. . . . . . . . . Temuduga pun telah selesai.
Soalan biasa ja.

Balik itu, aku malas mahu menggunakan ototku untuk ke kolej. So aku ambil langkah drastik untuk menaiki bas sahaja. Dalam bas sesak, dan aku mulai pening dengan wangian2 minyak wangi dari para pemikir yang ada di situ. Entah mereka berfikiran juga atau tidak. Yang pasti itu tidak ada kaitan dengan ku.

Aku pun mengeluarkan Hp dan mengenakan earphone di telinga ku. 1st song Girl Friday dendangan Butterfingers. Sedap juga lagu ini. "And again its me my self and i" dalam hatiku aku menyanyi.
Seterusnya alunan muzik kreatif daripada Hark Its a Crawling tar tar bergema di telingaku.
owh dasyatnya intro. Aku pejamkan mata dan khayal melayan lagu itu. dan apabila sampai ke part "Dengarlah syamshul bahri mengugat", aku ikut menyanyi.
Tapi, aku terkejut apabila aku bukan mata, semua mata-mata yang ada di dalam bas itu sedang merenung aku sambil di ikuti dengan senyuman2 kecil. OMG. Sial. Malunya. wahahahah. Biarkan aku menyanyi haha

4 comments:

Akhdan said...

naaa.. disitu laa kau lammas hahaha

E-oNe said...

ah..ko nda pena pulak bawa aku lepak2 d tmpt yg byk "kejadian" klau aku dtg UPM

Abigail said...

hahahahahaha.
trus sy teringt sma satu prempuan yg pernah ddk d sblh sy dlm bus.
dgn penuh feel dia nyanyi lagu jay chow dgn kuat n spenuh hati.
Tuhan ja tau brapa kuat sy mau ketawa, tp sy terrer jg dpt tahan smpai ruma. haha

alangkah said...

hahhahaha. tapi ab sa tidak sama ah sama tu pempuan. LOL